RESEPI AYAM TOMATO, KACANG BUNCIS CAMPAK-CAMPAK MARBELES

Salam..semalam xtau nak masak apa, buntu idea, buka peti sejuk ada ayam, ada tomato, kacang buncis..Haaa..2 je yang hado..nak kluar, tahap kemalasan melanda plak. Adehh..nak suruh en suami dia plak x de..erm hantam sajalah labu..janji perut kenyang. Bermulalah episod mereka resepi yang belum tentu tau sedap ke tak, resepi campak-campak katakan.hehhe..(tetiba tringat dialong ngan mak saya ari tu)



Saya : Mak, masak nie buat macam mana, sedap la..

Mak : (Dengan slambernya) ala.mak main2 campak2 je..hehe

Saya : Yaka, (tegelak saya)tapi kan mak, kalo campak2 tapi xsedap nak wat cmner?
Mak : 2 la, mak kata walaupun campak2, tp sambil2  tu berselawat dan masak ngan kasih sayang kompom sodap..

Saya : hehe, Stuju 200%

Resepi campak-campak saya, makan bersama budak tembam cik zara. Semua bahan-bahan dibawah hanya kebetulan ada dalam peti sejuk, so habis kan je. Tak baik membazir.

Bahan-bahan
Ayam (kebetulan ada 4 ketul)
tomato ada 2biji
6 batang kacang buncis
1 biji bawang besar (dimayang)
2 biji bawang putih (dimayang)
halia (dimayang)
garam
kunyit
minyak

Cara-cara
1. Ayam dipotong kecil dan gaul bersama garam dan kunyit
2. Goreng ayam dengan api sederhana supaya ayam xgaring sangat(minyak xperlu banyak)
3. Agak- agak dah masak ayam tu, masukan bawang putih, bawang besar dan halia sampai naik bau
4. Masukan kacang buncis dan tomato
5. Then bleh adjust nak tambah garam + gula (maap saya xguna bahan perasa ya.hehe)
6. Dah siap boleh hidang ngan nasi panas..

p/s: Siap sudah resepi ayam tomato, buncis  campak-campak..hew2.sodap...

Nur Bahirah | Hp : 012-5763744
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 908782]
Fb : Nur Bahirah Abdullah | fanpage : Butik Vitamin Semulajadi
Email : nbh_gal84@yahoo.com/ nurbahirahabdullah@gmail.com



KAEDAH MUDAH ELAK LIPAS DALAM RUMAH DENGAN DAUN PANDAN


Lipas merupakan sejenis serangga yang biasanya tinggal di kawasan gelap dan lembap seperti celah-celah almari atau di bawah sinki. Namun, tahukah anda serangga ini juga penyumbang kepada pelbagai penyakit kepada manusia sekiranya tidak terkawal.

Aspek-aspek kebersihan juga harus dititik beratkan oleh penghuni supaya tidak mudah dijangkiti wabak penyakit yang tidak diingini. Bekas makanan atau minuman yang tidak diuruskan dengan sempurna, boleh menyebabkan pencemaran oleh cik lipas.

VITAMIN HAMIL LENGKAP MEMENUHI KEPERLUAN NUTRISI SAYA SEPANJANG HAMIL

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati keindahan alam cipataan mu Ya Allah. Syukur juga saya masih diberi peluang untuk merasai sekali lagi hamil untuk kali ke dua. Saat menulis entry ini kandungan hampir ke 20 minggu (5 bulan). Alhamdulillah yang tak terhingga, saya tiada ujian alahan yang teruk, cuma diuji yang biasa-biasa saja, seperti ibu-ibu hamil yang lain.

Hampir 3 tahun saya menjadi pengguna setia dan tegar vitamin Shaklee..heheh. jadi, sebelum hamil lagi saya sudah merancang ingin meneruskan pengambilan vitamin shaklee secara konsisten seperti sebelumnya. Almaklum lah, kehamilan yang pertama, saya tidak mengenali vitamin yang best nie lagi. Saya menjadi pengguna vitamin shaklee untuk pertama kalinya selepas melahirkan anak pertama (Set Berpantang) dan meneruskannya sehingga sekarang.

PUDING ROTI MARBLE PALING MUDAH, MURAH DAN SEDAP


Salam, harinie saya nak share resepi Puding Roti Marble yang sangat mudah, murah dan paling penting sodapp bila dimakan, dikala cuaca panas yang melanda bumi Malaysia. Resepi nie saya guna pakcik goggle je dan terus jumpa Buku Resepi hehe..zaman serba canggih, semuanya dihujung jari. Bahan-bahan untuk resepi nie juga senang nak di cari dan semudah abc..hehe..Bebel banyak pun tak boleh makan lagi..jom tak perlu buang masa, kita tengok resepi Puding Roti Marble


Bahan-bahan

  • 1 paket agar-agar tali (18g) -
  • 4 keping roti
  • 2biji telur
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu makan mentega
  • 3 1/2 cwn air
  • Pewarna merah (saya guna pewarna sirap ros)
  • serbuk koko

Cara-cara

  • cuci agar-agar dan rebus agar2 dengan 3 cawan air (saya guna 4 cawan air). Rebus sampai agar-agar lembut dan cair
  • blend roti, susu pekat, susu cair, 1/2 cawan air, telur dan gula
  • bila agar-agar dah cair masukkan bahan yang tela diblend tadi (guna api sedang) tunggu sampai mendidih, masukkan mentega, kaau sampai mentega cair, tutup api
  • bahagi kepada 3 bahagian
  • 1 adunan kaler merah, 1 adunan guna koko, 1 adunan kaler asli (depends kat korang nak pakai kaler apa pun..hehe)
  • ambil loyang, senduk 1 adunan berselang-seli...lapiskan dia, buat sampai habis
  • dah siap, masukan dalam peti ais...sedia untuk dingapppppp!!!


PUDING ROTI MARBLE MUDAH, MURAH DAN SEDAP

p/s: maaf ye pic tak sempat ambil..sebab dah di ngappp terlebih dulu...pas dah ngappp baru teringat nak ambil pic (sebab asyik menikmati puding yang ala-ala sejuk n penyedap tekak). So kita ambil gambar ihsan dari pakcik guggle sebagai hiasan..hehe

Nur Bahirah | Hp : 012-5763744
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 908782]
Fb : Nur Bahirah Abdullah | fanpage : Butik Vitamin Semulajadi
Email : nbh_gal84@yahoo.com/ nurbahirahabdullah@gmail.com





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...